CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

 
Walaupun lapangan terbang ni adalah sempena ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur, tapi lokasi lapangan terbang ni adalah di Daerah Sepang iaitu di Selangor, jadi lapangan terbang ni adalah salah satu tarikan yang ada di Selangor.^^

Sejarah KLIA
Klia ni dibina dengan kos sebanyak RM 8.5 Bilion(US$ 3.5 billion). Lapangan terbang ni berkebolehan mengatasi 35 milion penumpang dan 1.2 milion ton barangan kargo setahun. Lapangan terbang ni jugak dalam kedudukan yang ke 13 sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia oleh ‘International passenger traffic’ dan dalam carta yang ke tujuh lapangan terbang paling sibuk di Asia.  Kerumitan mengatasi 34,087,636 penumpang pada tahun 2010. Pada tahun 2008, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) mengendalikan 667,495 metric ton kargo. Kenaikan dalam kargo membuatkan KLIA sebagai lapangan terbang tersibuk oleh trafik kargo pada carta yang ke 28 pada tahun 2009.
Lapangan terbang dikendalikan oleh ‘Malaysia Airports’ dan juga hab syarikat penerbangan ialah Malaysia Airlines, MASkargo, Air Asia, Air Asia X, dan operasi jet iaitu Firefly. Penubuhan rancangan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan memutuskan bahawa kewujudan Subang International Airport (sekarang dikenali sebagai Sultan Abdul Aziz Shah Airport) tidak dapat mengendalikan permintaan di masa depan. 


KLIA
Sekarang ni, lapangan terbang ni bagaikan tempat utama untuk pelancong2 luar negara bertandang di Malaysia. Kebanyakan artis2 luar negara yang datang ke Malaysia menggunakan Kuala Lumpur International Airport sebagai transit diorang ke sini dan antaranya seperti BigBang, Teen Top, FT Island, 4Minute dan sebagainya ketika acara Konsert Korean Musci Wave diadakan di Malaysia baru2 ni.


Selain daripada tu, terdapat LCCT(Low Cost Carrier Terminal) ada kat KLIA ni bagi penumpang yang inginkan penerbangan yang murah menggunakan syarikat penerbangan Air Asia walaupun pada mulanya LCCT ni digunakan untuk pengangkutan kargo bagi tujuan asal.

Main Terminal Building & Contact Pier


Terminal utama berada di antara dua landasan.  Area lantai terminal meliputi 336,00 meter persegi dan bangunannya mengandungi 39 bumbung unit persegi dimana membolehkan perkembangan masa depan bangunan tersebut.
Terdapat 216 kaunter masuk yang boleh didapati, direka untuk kegunaan semua ketibaan penumpang, berlepas ataupun dalam transit.  Pada 2 Februari 2007, lapangan terbang Malaysia memperkenalkan 12 kiosk yang membolehkan penumpang mendaftar masuk sendiri, merupakan syarikat penerbangan pertama yang menggunakan KLM.

‘The Contact Pier’ adalah terminal yang berbentuk segi empat tepat yang berhubung dengan bangunan terminal utama.  Berkhidmat sebagai terminal tempatan untuk Malaysia Airline (MAS).  Sesetengah syarikat penerbangan antarabangsa juga mengendalikannya juga.  Sebelum ni, menggunakan kos rendah untuk membawa penumpang. Di bahagian utara ‘pier’, hanya boleh menampung pesawat yang kecil.  Manakala sebaliknya di bahagian selatan ‘pier’ dimana ianya boleh menampung Boeing 737 dan juga Boeing 747 ataupun sama jenis.
Pintu di terminal utama bangunan berhubung dengan ‘pier’ mempunyai jenis huruf iaitu A & B untuk penerbangan tempatan manakala G & H untuk penerbangan antarabangsa.



KL City Air Terminal atau dikenali sebagai Kuala Lumpr City Air Terminal ataupun KL CAT di lokasi KL Sentral adalah lanjutan maya daripada KL international Airport dimana terdapat servis ‘city check-in’ disediakan. KL CAT ni dikenali oleh ‘International Air Transport Association’ dimana membawa IATA iaitu reka bentuk XKL. Sekarang ni cuma ada 4 syarikat penerbangan yang menyediakan servis ‘city check-in’ iaitu Cathay Pacific, Emirates Airline, Malaysia Airline dan Royal Brunei Airlines. Walaubagaimanapun, keadaan tersebut berubah kepada ‘10 SITA AirportConnect CUTE’.

Kesimpulan disini, korang boleh je pilih mane2 syarikat penerbangan yang korang suka untuk sampai ke destinasi korang mengikut kemampuan kewangan korang. ^^
 

credits : wikipedia 

Zoo Negara ^^


Sejarah
Zoo Negara ni berada di Ulu Klang,Taman Melawati. Secara rasmi dibuka pada 14 November 1963.
Zoo Negara Malaysia ni diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia iaitu organisasi bukan kerajaan yang melancarkan untuk membina zoo Malaysia yang sekarang ni dah berumur 48tahun dan dikenali ramai di seluruh dunia. Zoo Negara sekarang mempunyai jumlah haiwan sebanyak 5446 daripada 476 spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan juga ikan.
Zoo Negara merangkumi 110 hektar tanah berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dengan jarak cuma 5km.  Selama ni, Zoo Negara sudah bertukar kepada konsep terbuka dengan 90% haiwan didalamnya disimpan dengan alam semula jadi sendiri. 



Pelbagai acara yang korang boleh buat kat Zoo Negara ni. Bukan setakat melawat dan melihat haiwan2 yang ada kat sini tapi korang jugak boleh melibatkan diri dengan Zoo Negara ni. Nak tau lebih lanjut? haaa bace dan fahami entri yang aku akan paparkan ni.

Waktu Beroperasi
Sebelum nak memulakan apa2 jenis acara yang korang nak, mestilah korang kena tau bila waktu zoo ni beroperasi kan? ha kat bawah ni  penjelasan yang jelas selain daripada waktu beroperasi, tiket bayaran masuk pun disertakan sekali.
seperti yang tertera kat atas..bagi warga Malaysia yang ada MyKad, korang boleh dapat harga yang istimewa dan juga bagi murid2 serta guru2 juga dapat harga yang istimewa tak terkecuali juga bagi warga emas dan juga OKU(Orang Kurang Upaya).


'Rides'
Bagi pengunjung yang nak melihat keseluruhan haiwan serta alam semulajadi yang ada kat Zoo Negara ni tapi nak keselesaan, korang bolehlah menaiki kenderaan yang istimewa dalam zoo ni dengan kadar bayaran yang murah dan tak terkecuali bagi pengunjung yang mempunyai MyKad dapat harga potongan yang istimewa.
Terdapat jugak 'VIP BOOKING' dimana bagi yang nakkan lebih keselesaan dengan tak perlu menunggu giliran untuk sesuatu acara juga bolehlah menempah melalui 'VIP BOOKING = 1 hour,RM 300'
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi 03-4105 4941







 
'Food and Souvenir Kiosk'
Kat sini jugak ada pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang datang seperti:

'The Wild Restaurant'
 Disini adalah restoran yang terbaik bagi seisi keluarga meluangkan masa makan bersama. Katering yang mempunyai pelbagai jenis makanan ringan dengan harga yang berpatutan, 'Wild Restaurant' memberi kepuasan kepada pelanggan dan juga kualiti produk.

Wall’s Café
 Sebuah cawangan yang mempunyai kebolehan dalam makanan barat dan pelbagai jenis ais krim untuk menyejukkan hari pengunjung.

Mane Delicious
Bagi pengunjung yang minat sangat dengan pencuci mulut yang sejuk, kafe ni ada sajikan Ais Kacang dan jugak Cendol yang pasti menambat hati pelanggan.

Hari Harimau Café
Kalau pengunjung terasa lapar tetapi tak mau dengan makanan yang berat, pengunjung boleh berkunjung ke kafe ni dengan sajian yang lazat seperti 'hotdog' diikuti dengan sajian 'popcorn waffle' ataupun 'kaya balls'.

'Kancil Souvenir Shop & Kyoto Enterprise'
Untuk sebarang barangan yang hendak dijadikan sebagai cenderahati, 'Kancil Souvenir Shop' dan jugak 'Kyoto Enterprise' amat sesuai kerana mereka menyediakan pelbagai hadiah yang sesuai untuk pengunjung bawa pulang ke rumah.

'Bee Museum'
Muzium ni dibuka umum pada 5 Julai 2007 dan pengunjung boleh lawat untuk lihat lebah besar dan sebagainya.Pasti seronok!

'Merina Bay'
Bagi sesiapa yang terasa nak makan makanan ringan tapi berkhasiat, tempat ni sesuai dengan buah-buahan tempatan yang segar, jagung dalam cawan dan pelbagai makanan ringan yang menjanjikan memuaskan kelaparan pengunjung yang datang.



Kemudahan Lain

Prayer Room
Sebuah bilik sembahyang disediakan bagi muslim dengan ruang yang mencukupi berdekatan dengan pintu masuk zoo dengan disediakan penghawa dingin. 

Zoo Hut
Terdapat banyak 'zoo huts' di dalam zoo untuk pengunjung2 yang datang untuk berhenti berehat disertakan dengan penghawa dingin. 


'Snapshot with Animals'
Terdapat 'Photo Corner' yang membolehkan pengunjung membawa bahan bukti gambar di zoo. Dibuka pada hujung minggu dan juga pada hari cuti sahaja pada pukul 10.30 pagi & 4.00 petang.


'Multi-Animal Show's Animals' (Python / Birds)
Dibuka setiap hari pada pukul 11.30 pagi & 3.00 petang/ 4.00petang (jumaat)
Daily: 11.30 am & 3.00 pm / 4.00 pm (Friday)

Selain daripada tu, korang jugak boleh libatkan diri dengan aktiviti yang disediakan pihak Zoo Negara yang pasti menyeronokkan bagi sesiapa yang minat dengan haiwan2.

'Adopt Our Animals'
Bagi aktiviti yang ni, kemungkinan untuk orang2 yang berkemampuan je la ye sebabnya setiap 'adoption' yang dibuat semuanya memerlukan kos yang tinggi dan jugak penjagaan yang rapi dan yang paling rendah kos adalah lebih kurang RM 1000, dan ada jugak pihak2 yang sanggup lakukan aktiviti ni dengan mengambil bukan hanya satu tapi lebih daripada tu untuk kebaikan haiwan2 yang dijaga.
Tapi jangan risau, semua kos yang kita dah laburkan untuk haiwan2 yang dijaga akan diberi kembali kepada kita tapi dengan syarat, kita kena jaga rapi haiwan tu dengan penjagaan makanan yang tetap, penjagaan kesihatan tu semua. Di bawah ni adalah senarai haiwan2 yang boleh di jaga mengikut harga yang penjagaan yang ditetapkan. 


Pihak zoo sekarang ni dah ada lebih daripada 30 penaja korporat, sekolah dan pihak individu. Jadi bagi yang berminat korang boleh lah daftarkan diri sebagai salah seorang penaja untuk haiwan2 yang korang suka.
Untuk butir2 lebih lanjut, korang bolehlah hubungi 
Jabatan Hal Ehwal Awam Zoo Negara 
+603-4108 3422/7/8
ataupun 
Email : pa_m@zoonegaramalaysia.my
*Di atas adalah tertakluk kepada pembatalan tanpa notis terlebih dahulu
 
Program Pelajar Praktikal 
Kat sini juga dialu2kan untuk pelajar daripada pelbagai peringkat untuk merasa pengalaman bekerja ataupun praktikal disini mengikut bidang masing2.

Program Latihan Praktikal yang boleh didapati adalah:
- Pentadbiran
- Sumber Manusia
- Hal Ehwal Awam & Pemasaran
- Pendidikan
- Teknologi Maklumat
- Veterinar Sains
- Zoologi
- Biologi


Borang Latihan Industri(Industrial Training Form)   <<<< klik
 Untuk butiran lebih lanjut, korang boleh hubungi pihak pengajian Zoo Negara di talian
+603-41082219 ataupun email kepada education@zoonegaramalaysia.my




Pogram Sukarelawan
Program ni dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 16tahun keatas.  Sebagai sukarelawan, korang mesti sanggup menolong pihak zoo dengan apa sahaja tugasan yang diberi 8jam sehari bermula dari 8.30 pagi.Segala jenis bidang tertera dibawah:

Dan jugak pihak zoo mengalu2kan bantuan untuk bidang dibawah yang tertera:

Borang Sukarelawan (Individu) <<< klik
Borang Sukarelawan (Berkumpulan)  <<< klik


Pe yang korang tengok kat sini hanyalah separuh daripada apa yang Zoo Negara ada sebenarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Zoo Negara, korang boleh tengok laman web diorang dan jugak lawatlah Zoo Negara dengan keluarga, dah pasti seronok sangat dan berbaloi ^^

credit : Laman Web Zoo Negara Malaysia & wikipedia





UNISEL


Sejarah
Unisel ni dibangunkan pada 24 Ogos 1999 oleh kerajaan Malaysia dan untuk pengambilan pertama, 265 orang pelajar telah mendaftar dan semakin meningkat kepada 14,000 pelajar selama 10 tahun. Singkatan nama Unisel diambil sempena fokusnya pada program2 yang berkaitan dengan dunia industri. Unisel juga menyediakan sistem pelajaran yang berkaitan dengan dunia industri zaman sekarang.

Baru2 ni ada beberapa acara majlis yang dilangsungkan kat Unisel dan antaranya yang aku nak paparkan adalah FESKONISEL & 'From Zero To Hero' oleh Imam Muda Hassan.

From Zero to Hero oleh Imam Muda Hassan
Acara ni dilangsungkan di Dewan Utama Unisel dimana Imam muda Hasan telah dijemput untuk memberi ceramah kepada warga Unisel.


FESKONISEL (Festa Konvokesyen Unisel)
Acara ni berlangsung bermula daripada 12-17 Oktober di perkarangan Dewan Utama Unisel dan acara berlangsung sehingga malam hari dengan pelbagai aktiviti seperti kehadiran MB Selangor dan juga pelbagai artis jemputan serta jualan di booth masing2.

Sunway Lagoon super duper best..!


History
Sunway Lagoon ni adalah taman tema kat Petaling Jaya, Malaysia.  Pembukaan rasmi tempat ni dibuka oleh Perdana Menteri masa tu iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 29 April 1993.
Kat sini ada pelbagai jenis aktiviti yang menjadi tarikan yang pasti menerujakan pengunjung


Taman Tema Air
Pengunjung boleh menyelam dengan Cabaran enam-lorong Congo atau memberanikan diri dengan pengembaraan licik daripada ular sawa Afrika semasa meneroka bahagian liar Perairan Afrika.Satu pengembaraan yang menyeronokkan untuk semua, kanak2 mempunyai sebab untuk berasa gembira apabila anda membiarkan mereka bersendirian di Little Zimbabwe, taman permainan air interaktif.

Taman Tema Hiburan
Kat taman tema ni, pengunjung boleh melawat sama ada di 'Wild Wild West' ataupun 'World of Adventure'. Dua2 tempat ni ada tarikan tersendiri yang membuatkan pengunjung takkan rasa bosan walau sesaat pun. Dimana di 'Wild Wild West', pengunjung boleh beramah mesra dengan 'native indians' ataupun sekali imbas tengok persembahan daripada 'cowboys'. Selain daripada tu, keseronokan takkan terhenti di 'Niagara Falls Flume Ride' ataupun di Grand Canyon River Rapids dan sebagainya.

Manakala bagi 'World of Adventure', disini pengunjung yang sukakan aksi yang menggerunkan, korang bolehlah merasa kehebatan 'Tomahawk' dimana ia bawa pengunjung dengan 360 darjah berulang2 kali. Pengunjung juga boleh berjalan2 di 'Pirates Revenge' iaitu Pirate ship yang pertama di Malaysia yang berpusing sehingga 360 darjah di '360-degree Rotating Pirate Ship' ataupun berjalan dengan melihat keindahan yang ada daripada 'Worlds Longest Pedestrian Suspension Bridge' yang mempunyai kepanjangan sebanyak 428 meter.


Taman Tema Ekstrem
 
Untuk aktiviti yang lebih lasak dan mencabar, pengunjung yang sukakannya bolehlah mencabar diri sendiri dengan semua aktiviti yang ada seperti memanah, memandu 'All Terrain Vehicle(ATV)' di jalan raya ataupun bagi yang sukakan kelajuan bolehlah mencuba aktiviti Go-Kart. Dan bagi yang betul2 nak merasa ekstrem yang betul2 ekstrem, pengunjung boleh cuba satu level yang baru dengan 'Asias Highest Slingshot Ride' iaitu 'The G-Force X' dan juga 'Flying Fox' yang terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan 206 meter ataupun aktiviti 'bungee jumping'.

Taman Tema Haiwan Liar
 Dengan pelbagai jenis spesis iaitu melebihi 150 spesis jenis haiwan eksotik merentasi pelbagai negara, menunjukkan kecantikan dan kelebihan setiap haiwan yang ada dan pengunjung juga boleh mempelajari mengenai haiwan2 yang ada di 'Malaysias first-ever fully interactive and educational animal-themed attraction'.


Taman Tema Jeritan
Disini bagi adalah tempat bagi yang sukakan suasana yang seram dan boleh mencuba pelbagai aktiviti yang boleh mengejutkan diri sendiri dengan pelbagai jenis spesis yang seram di situ.




Aktiviti Lain:


Selain daripada aktiviti2 lasak mahupun yang mencabar minda dan fizikal, terdapat juga acara yang gilang gemilang pernah diadakan di Sunway Lagoon ni dimana pernah diadakan acara yang begitu berprestij dimana MTV World Stage 2010 diadakan disitu yang mempunyai ramai astis jemputan di luar negara seperti Wonder Girls dan sebagainya. Malaysia mempunyai prestasi yang membanggakan kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah MTV World Stage bukan sekali tetapi 2kali. Satu pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia dan juga negeri Selangor sendiri kerana Sunway Lagoon bertempat di salah satu daerah yang ada di Selangor iaitu Petaling Jaya.



Bagi kemudaha semua, korang boleh la rujuk detail2 yang ada di bawah jika hendak pergi ke Sunway Lagoon. ^^
 
Lokasi : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Malaysia. 
Beroperasi: Isnin - Jumaat (11.00-18.00) & Sabtu - Ahad (10.00-18.00)
No. Fon: 03-5639 0000

Laman Web :
Sunway Lagoon
 
credit : http://www.sunwaylagoon.com


















Restoran Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor

 Entri kali ni berkenaan dengan makanan, kenapa aku pilih restoran ni sebagai entri blog aku? sebabnya keunikan semula jadi yang ada pada restoran ni memikat hati aku.Salah satu keunikannya mestilah makanan kat restoran ni sedap2 belaka dan yang penting harga pun berpatutan tapi yang penting, restoran ni berdekatan dengan Pantai Jeram, Kuala Selangor yang mana korang boleh menikmati makanan dengan bertemankan pantai tapi pengunjung tak boleh nak jejak kaki kat pantai tu sebab kebanyakannya berlumpur.

Menu yang kebanyakannya menambat hati pengunjung kebiasaanya adalah Ketam bercili, Ikan bakar, Ikan masak asam, kerang bakar, Sotong pedas dan lain2 lagi.  Dengan melihat kat gambar je rasa terliur, memang the best la..!
Bagi korang yang belum jejakkan kaki kat restoran ni, korang bolehlah datang & merasa sendiri keunikan restoran ni sendiri.  Untuk detail yang terperinci tertera kat bawah ni:




Lokasi: Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Waktu operasi:  4.00 pm to 12.00am, Tutup pada hari Isnin 2minggu sekali
No. Telefon: 017-316 3177

kesimpulannya: korang kena pergi sendiri kat restoran ni untuk korang nilai sendiri kelazatan makanannya serta persekitarannya. ^^

credit: http://www.eatz.me


Asas S.E.L.A.N.G.O.R


Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia