CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Me & SMK Gombak Setia ^^

Salam perkenalan..

Walau aku tidak dilahirkan di Gombak, tapi aku tetap anak jati Selangor..sejak aku sekolah rendah lagi, aku tinggal di Gombak. Aku bersekolah di SK Gombak 2 dan meningkat naik di peringkat menengah aku bersekolah di SMK Gombak Setia daripada tingkatan 1-6. Banyak yang aku dapat di salah satu daerah yang ada di Selangor ni, di situlah aku belajar erti menjadi seorang pemimpin dan disitu jugalah aku belajar erti kawan yang sejati. Antara peristiwa yang aku masih ingat sehingga hari ini adalah

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Gombak Badan Beruniform


Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah Gombak yang diadakan di SMK Bandar Tasek Puteri di Rawang pada tahun 2006.  Disitulah aku banyak dapat pencapaian yang membanggakan dimana aku dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik Kategori Badan Kerajaan Daerah Gombak dan juga pasukan platunku dinobatkan sebagai Johan Kategori Badan Kerajaan. Bukan setakat itu aje, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia banyak menggondol piala yang dipertandingkan, memang bangga tidak terkata masa tu. Pasukan aku wakil untuk Daerah Gombak bagi platun perempuan badan kerajaan di Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Kuala Langat.
Selain daripada tu, badan beruniform yang banyak berjasa kat sekolah aku jugak adalah
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang banyak harumkan nama sekolah dan jugak nama Negeri Selangor.

Kelab Permata

Selain dari tu, Sekolah aku jugak pernah jadi Koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2006 tak silap aku dimana terdapat legasi dari Korea Selatan melawat ke sekolah aku bagi Koperasi terbaik yang ada di Malaysia, satu pencapaian yang memang tiada tolok bandingan. Bukan itu aje, Kelab Usahawan Permata Selangor sekolah aku juga memang dikenali dan unggul di Negeri Selangor oleh kerana dedikasi yang ditunjukkan oleh wakil kelab tersebut betul2 mengkagumkan ramai pihak dan pernah beberapa kali sekolah aku mewakili Negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan dan berjaya membawa beberapa piala.

Kalau nak bercerita mengenai kejayaan sekolah aku, memang tak akan habis dan aku hanya cerita tak sampai satu suku dari 5%.
SMK Gombak Setia selalu melaungkan slogan sekolah ku-Usaha Tekun Jaya..!

0 comments:

Post a Comment