CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kem Herba Sg. Congkak, Hulu Langat



Jarang aku dengar nama tempat yang ada nama berkaitan dengan herba dan tempat yang menarik perhatian aku adalah Kem Herba Sg. Congkak ni sebab bukan setakat boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi tapi boleh jugak dijadikan sebagai tempat perkhelahan untuk pelbagai aktiviti luar


Kalau korang nak tau sebenarnya kem ni dibangunkan atas usaha seorang bekas pensyarah kat UPM(Universiti Putra Malaysia) iaitu Dr Mohd Noor bersama-sama isterinya iaitu Pn Zalinah sejak tahun 2000 lagi. Herba menjadi tema untuk kem ini kerana di kawasan kem yang seluas hampir 4 ekar ini sebahagian besarnya ditanam dengan ratusan tumbuhan herba. Contohnya macam Tongkat ali, kacip fatimah, mahkota dewa, misai kucing, serai wangi, kayu manis adalah antara herba yang ditanam di kawasan kem ini. Selain daripada tumbuhan herba, ada banyak jugak pokok buah-buahan seperti durian, manggis, dukong, salak, rambai, cempedak ditanam di sini menjadikan kawasan kem sangat cantik dan menarik. Selain tu, pokok-pokok jenis hutan tebal seperti pohon jati dan meranti masih terdapat di kawasan kem ini.


Bagi yang cintakan alam semula jadi dan jugak herba2 dengan buah-buahan tempatan ni, tempat ni memang sesuai sangat. Walaupun aku tak pernah lagi jejak kaki kat tempat tu, tapi dengar & baca pasal kem ni pun dah buat aku terliur & 'excited' sangat.
Mengenai kemudahan dengan aktiviti2 yang boleh diadakan kat sini adalah:

KEMUDAHAN:
# Penginapan secara dorm untuk kapasiti maksimum 150 orang.
# chalet-chalet untuk para guru dan fasilitator
# Dewan-dewan ceramah dan surau
# Padang luas untuk aktiviti sukaneka
# Kawasan perkelahan di tepi sungai
# Kolam memancing
# Hutan simpan pensendirian.
# Taman sayur-sayuran dapur.
# Nursery pokok-pokok herba.
# PA system.

PERKHIDMATAN
# Catering.
# Ceramah - ceramah ethnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
# Nature study.
# Jungle trekking.
# River crossing


Dorm & Dewan Serbaguna

Pakej harga yang ditawarkan kat Kem Herba:

1) Pakej berkumpulan untuk tiga hari dua malam = RM 55/pax
2)Pakej berkumpulan untuk 2 hari satu malam = RM 35/pax

semua pakej2 yang aku tunjuk adalah termasuk penginapan dan makan minum 6 kali sehari. Segala kemudahan yang terdapat di dalam Kem Herba juga termasuk dalam pakej ni.

Bagi sesiapa yang warga lembah Klang, bolehlah ambil peluang ni untuk korang bercuti dengan bajet yang berpatutan dan dekat dengan lokasi korang, bagi bukan warga Lembah Klang pun boleh je datang, walaupun dekat dengan bandar tapi keindahan alam kat sini memang berbaloi.
Untuk kemudahan korang, boleh berhubung dengan 

Dr. Mohd Noor @ Pn. Zalina : 012-305 7161 or 03-9021 1192


credit : http://septembersebelas.blogspot.com , http://kemherba.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment