CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Zoo Negara ^^


Sejarah
Zoo Negara ni berada di Ulu Klang,Taman Melawati. Secara rasmi dibuka pada 14 November 1963.
Zoo Negara Malaysia ni diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia iaitu organisasi bukan kerajaan yang melancarkan untuk membina zoo Malaysia yang sekarang ni dah berumur 48tahun dan dikenali ramai di seluruh dunia. Zoo Negara sekarang mempunyai jumlah haiwan sebanyak 5446 daripada 476 spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan juga ikan.
Zoo Negara merangkumi 110 hektar tanah berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dengan jarak cuma 5km.  Selama ni, Zoo Negara sudah bertukar kepada konsep terbuka dengan 90% haiwan didalamnya disimpan dengan alam semula jadi sendiri. 



Pelbagai acara yang korang boleh buat kat Zoo Negara ni. Bukan setakat melawat dan melihat haiwan2 yang ada kat sini tapi korang jugak boleh melibatkan diri dengan Zoo Negara ni. Nak tau lebih lanjut? haaa bace dan fahami entri yang aku akan paparkan ni.

Waktu Beroperasi
Sebelum nak memulakan apa2 jenis acara yang korang nak, mestilah korang kena tau bila waktu zoo ni beroperasi kan? ha kat bawah ni  penjelasan yang jelas selain daripada waktu beroperasi, tiket bayaran masuk pun disertakan sekali.
seperti yang tertera kat atas..bagi warga Malaysia yang ada MyKad, korang boleh dapat harga yang istimewa dan juga bagi murid2 serta guru2 juga dapat harga yang istimewa tak terkecuali juga bagi warga emas dan juga OKU(Orang Kurang Upaya).


'Rides'
Bagi pengunjung yang nak melihat keseluruhan haiwan serta alam semulajadi yang ada kat Zoo Negara ni tapi nak keselesaan, korang bolehlah menaiki kenderaan yang istimewa dalam zoo ni dengan kadar bayaran yang murah dan tak terkecuali bagi pengunjung yang mempunyai MyKad dapat harga potongan yang istimewa.
Terdapat jugak 'VIP BOOKING' dimana bagi yang nakkan lebih keselesaan dengan tak perlu menunggu giliran untuk sesuatu acara juga bolehlah menempah melalui 'VIP BOOKING = 1 hour,RM 300'
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi 03-4105 4941







 
'Food and Souvenir Kiosk'
Kat sini jugak ada pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang datang seperti:

'The Wild Restaurant'
 Disini adalah restoran yang terbaik bagi seisi keluarga meluangkan masa makan bersama. Katering yang mempunyai pelbagai jenis makanan ringan dengan harga yang berpatutan, 'Wild Restaurant' memberi kepuasan kepada pelanggan dan juga kualiti produk.

Wall’s Café
 Sebuah cawangan yang mempunyai kebolehan dalam makanan barat dan pelbagai jenis ais krim untuk menyejukkan hari pengunjung.

Mane Delicious
Bagi pengunjung yang minat sangat dengan pencuci mulut yang sejuk, kafe ni ada sajikan Ais Kacang dan jugak Cendol yang pasti menambat hati pelanggan.

Hari Harimau Café
Kalau pengunjung terasa lapar tetapi tak mau dengan makanan yang berat, pengunjung boleh berkunjung ke kafe ni dengan sajian yang lazat seperti 'hotdog' diikuti dengan sajian 'popcorn waffle' ataupun 'kaya balls'.

'Kancil Souvenir Shop & Kyoto Enterprise'
Untuk sebarang barangan yang hendak dijadikan sebagai cenderahati, 'Kancil Souvenir Shop' dan jugak 'Kyoto Enterprise' amat sesuai kerana mereka menyediakan pelbagai hadiah yang sesuai untuk pengunjung bawa pulang ke rumah.

'Bee Museum'
Muzium ni dibuka umum pada 5 Julai 2007 dan pengunjung boleh lawat untuk lihat lebah besar dan sebagainya.Pasti seronok!

'Merina Bay'
Bagi sesiapa yang terasa nak makan makanan ringan tapi berkhasiat, tempat ni sesuai dengan buah-buahan tempatan yang segar, jagung dalam cawan dan pelbagai makanan ringan yang menjanjikan memuaskan kelaparan pengunjung yang datang.



Kemudahan Lain

Prayer Room
Sebuah bilik sembahyang disediakan bagi muslim dengan ruang yang mencukupi berdekatan dengan pintu masuk zoo dengan disediakan penghawa dingin. 

Zoo Hut
Terdapat banyak 'zoo huts' di dalam zoo untuk pengunjung2 yang datang untuk berhenti berehat disertakan dengan penghawa dingin. 


'Snapshot with Animals'
Terdapat 'Photo Corner' yang membolehkan pengunjung membawa bahan bukti gambar di zoo. Dibuka pada hujung minggu dan juga pada hari cuti sahaja pada pukul 10.30 pagi & 4.00 petang.


'Multi-Animal Show's Animals' (Python / Birds)
Dibuka setiap hari pada pukul 11.30 pagi & 3.00 petang/ 4.00petang (jumaat)
Daily: 11.30 am & 3.00 pm / 4.00 pm (Friday)

Selain daripada tu, korang jugak boleh libatkan diri dengan aktiviti yang disediakan pihak Zoo Negara yang pasti menyeronokkan bagi sesiapa yang minat dengan haiwan2.

'Adopt Our Animals'
Bagi aktiviti yang ni, kemungkinan untuk orang2 yang berkemampuan je la ye sebabnya setiap 'adoption' yang dibuat semuanya memerlukan kos yang tinggi dan jugak penjagaan yang rapi dan yang paling rendah kos adalah lebih kurang RM 1000, dan ada jugak pihak2 yang sanggup lakukan aktiviti ni dengan mengambil bukan hanya satu tapi lebih daripada tu untuk kebaikan haiwan2 yang dijaga.
Tapi jangan risau, semua kos yang kita dah laburkan untuk haiwan2 yang dijaga akan diberi kembali kepada kita tapi dengan syarat, kita kena jaga rapi haiwan tu dengan penjagaan makanan yang tetap, penjagaan kesihatan tu semua. Di bawah ni adalah senarai haiwan2 yang boleh di jaga mengikut harga yang penjagaan yang ditetapkan. 


Pihak zoo sekarang ni dah ada lebih daripada 30 penaja korporat, sekolah dan pihak individu. Jadi bagi yang berminat korang boleh lah daftarkan diri sebagai salah seorang penaja untuk haiwan2 yang korang suka.
Untuk butir2 lebih lanjut, korang bolehlah hubungi 
Jabatan Hal Ehwal Awam Zoo Negara 
+603-4108 3422/7/8
ataupun 
Email : pa_m@zoonegaramalaysia.my
*Di atas adalah tertakluk kepada pembatalan tanpa notis terlebih dahulu
 
Program Pelajar Praktikal 
Kat sini juga dialu2kan untuk pelajar daripada pelbagai peringkat untuk merasa pengalaman bekerja ataupun praktikal disini mengikut bidang masing2.

Program Latihan Praktikal yang boleh didapati adalah:
- Pentadbiran
- Sumber Manusia
- Hal Ehwal Awam & Pemasaran
- Pendidikan
- Teknologi Maklumat
- Veterinar Sains
- Zoologi
- Biologi


Borang Latihan Industri(Industrial Training Form)   <<<< klik
 Untuk butiran lebih lanjut, korang boleh hubungi pihak pengajian Zoo Negara di talian
+603-41082219 ataupun email kepada education@zoonegaramalaysia.my




Pogram Sukarelawan
Program ni dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 16tahun keatas.  Sebagai sukarelawan, korang mesti sanggup menolong pihak zoo dengan apa sahaja tugasan yang diberi 8jam sehari bermula dari 8.30 pagi.Segala jenis bidang tertera dibawah:

Dan jugak pihak zoo mengalu2kan bantuan untuk bidang dibawah yang tertera:

Borang Sukarelawan (Individu) <<< klik
Borang Sukarelawan (Berkumpulan)  <<< klik


Pe yang korang tengok kat sini hanyalah separuh daripada apa yang Zoo Negara ada sebenarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Zoo Negara, korang boleh tengok laman web diorang dan jugak lawatlah Zoo Negara dengan keluarga, dah pasti seronok sangat dan berbaloi ^^

credit : Laman Web Zoo Negara Malaysia & wikipedia





0 comments:

Post a Comment