CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sepang Circuit = Formula One (F1)

Sepang International Circuit ni sebenarnya adalah litar lumba di Sepang, Selangor, Malaysia. Berdekatan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kira2 60km dengan bandar Kuala Lumpur. Ia adalah tempat yang digunakan untuk Formula One Malaysian Grand Prix, A1 Grand Prix dan juga Malaysian Motorcycle Grand Prix dan kebanyakan acara adalah motorsport.

Hermann Tilke

Litar sepang ni telah direka oleh pereka dari Jerman iaitu Hermann Tilke dimana beliau juga mereka bentuk kemudahan baru di Shanghai, Bahrain dan juga Turki. 

Litar utama kebiasaannya dalam keadaan mengikut arah jam iaitu 5.54km dan diperhatikan litar ni mempunyai sudut jalan yang luas serta jalan lurus yang luas.
 Kebiasaannya kalau kita tanya siapa2 je rakyat Malaysia, "tanggapan pertama bila sebut Sepang circuit?", dah pasti kebanyakan jawapan yang akan diterima adalah Formula One. Sebab tu tajuk yang aku bagi
Sepang Circuit = Formula One sebab due benda ni dah macam irama & lagu yang tak boleh dipisahkan.  Aku sebagai rakyat Malaysia dan jugak anak jati Selangor bangga sangat2 dengan pencapaian yang Selangor ada ni. Dengan adanya Sepang circuit ni, sedikit sebanyak membantu negara kita atau negeri Selangor dapat pendapatan yang lumayan sebab tiap kali ada acara berkaitan Formula One ni, bukan setakat rakyat Malaysia je yang beriya-iya nak beli tiket pergi tengok perlumbaan tu sebab ada jugak pelancong yang datang kat Malaysia tengok salah satu acara yang gemilang ni.


Sepang circuit ni siap dibina pada tahun 1999 dan Malaysia bagi tanggapan yang sangat baik dekat seluruh negara sebab jadi tuan rumah yang berwibawa selama pertandingan diadakan.
I'm are very proud of Malaysia..!

Kimi Raikkonen (cute)


P/s: Jangan ingat aku tak minat F1 ni, aku minat sangat dengan Kimi Raikkonen sebab kelincahan dia kat litar dengan kecomelan dia, perfect guy. Ni sedikit info aku selitkan pasal die

Nama : Kimi-Matias Räikkönen
D.O.B :  17 October 1979 (tua 10 tahun je daripada aku ^^)
Nickname : Dikenali dengan gelaran 'iceman' sebab dia relax je kalau buat apa2 pun (cool giler) 
Status : Married (2004) 
 

0 comments:

Post a Comment