CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunway Lagoon super duper best..!


History
Sunway Lagoon ni adalah taman tema kat Petaling Jaya, Malaysia.  Pembukaan rasmi tempat ni dibuka oleh Perdana Menteri masa tu iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 29 April 1993.
Kat sini ada pelbagai jenis aktiviti yang menjadi tarikan yang pasti menerujakan pengunjung


Taman Tema Air
Pengunjung boleh menyelam dengan Cabaran enam-lorong Congo atau memberanikan diri dengan pengembaraan licik daripada ular sawa Afrika semasa meneroka bahagian liar Perairan Afrika.Satu pengembaraan yang menyeronokkan untuk semua, kanak2 mempunyai sebab untuk berasa gembira apabila anda membiarkan mereka bersendirian di Little Zimbabwe, taman permainan air interaktif.

Taman Tema Hiburan
Kat taman tema ni, pengunjung boleh melawat sama ada di 'Wild Wild West' ataupun 'World of Adventure'. Dua2 tempat ni ada tarikan tersendiri yang membuatkan pengunjung takkan rasa bosan walau sesaat pun. Dimana di 'Wild Wild West', pengunjung boleh beramah mesra dengan 'native indians' ataupun sekali imbas tengok persembahan daripada 'cowboys'. Selain daripada tu, keseronokan takkan terhenti di 'Niagara Falls Flume Ride' ataupun di Grand Canyon River Rapids dan sebagainya.

Manakala bagi 'World of Adventure', disini pengunjung yang sukakan aksi yang menggerunkan, korang bolehlah merasa kehebatan 'Tomahawk' dimana ia bawa pengunjung dengan 360 darjah berulang2 kali. Pengunjung juga boleh berjalan2 di 'Pirates Revenge' iaitu Pirate ship yang pertama di Malaysia yang berpusing sehingga 360 darjah di '360-degree Rotating Pirate Ship' ataupun berjalan dengan melihat keindahan yang ada daripada 'Worlds Longest Pedestrian Suspension Bridge' yang mempunyai kepanjangan sebanyak 428 meter.


Taman Tema Ekstrem
 
Untuk aktiviti yang lebih lasak dan mencabar, pengunjung yang sukakannya bolehlah mencabar diri sendiri dengan semua aktiviti yang ada seperti memanah, memandu 'All Terrain Vehicle(ATV)' di jalan raya ataupun bagi yang sukakan kelajuan bolehlah mencuba aktiviti Go-Kart. Dan bagi yang betul2 nak merasa ekstrem yang betul2 ekstrem, pengunjung boleh cuba satu level yang baru dengan 'Asias Highest Slingshot Ride' iaitu 'The G-Force X' dan juga 'Flying Fox' yang terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan 206 meter ataupun aktiviti 'bungee jumping'.

Taman Tema Haiwan Liar
 Dengan pelbagai jenis spesis iaitu melebihi 150 spesis jenis haiwan eksotik merentasi pelbagai negara, menunjukkan kecantikan dan kelebihan setiap haiwan yang ada dan pengunjung juga boleh mempelajari mengenai haiwan2 yang ada di 'Malaysias first-ever fully interactive and educational animal-themed attraction'.


Taman Tema Jeritan
Disini bagi adalah tempat bagi yang sukakan suasana yang seram dan boleh mencuba pelbagai aktiviti yang boleh mengejutkan diri sendiri dengan pelbagai jenis spesis yang seram di situ.




Aktiviti Lain:


Selain daripada aktiviti2 lasak mahupun yang mencabar minda dan fizikal, terdapat juga acara yang gilang gemilang pernah diadakan di Sunway Lagoon ni dimana pernah diadakan acara yang begitu berprestij dimana MTV World Stage 2010 diadakan disitu yang mempunyai ramai astis jemputan di luar negara seperti Wonder Girls dan sebagainya. Malaysia mempunyai prestasi yang membanggakan kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah MTV World Stage bukan sekali tetapi 2kali. Satu pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia dan juga negeri Selangor sendiri kerana Sunway Lagoon bertempat di salah satu daerah yang ada di Selangor iaitu Petaling Jaya.



Bagi kemudaha semua, korang boleh la rujuk detail2 yang ada di bawah jika hendak pergi ke Sunway Lagoon. ^^
 
Lokasi : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Malaysia. 
Beroperasi: Isnin - Jumaat (11.00-18.00) & Sabtu - Ahad (10.00-18.00)
No. Fon: 03-5639 0000

Laman Web :
Sunway Lagoon
 
credit : http://www.sunwaylagoon.com


















0 comments:

Post a Comment