CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) a.k.a National Service (NS)


walaupun cerita mengenai PLKN ni amat umum untuk di paparkan disini, tapi banyak jugak kaitan dengan Negeri Selangor sebab secara automatik Selangor terlibat sama jadi aku nak cerita pengalaman yang kemungkinan kebanyakannya adalah sama dengan ceritaku.

Masa mula2 aku diberitahu aku telah terpilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ni, banyak benda yang muncul dalam kepala aku masa tu, secara jujurnya aku rasa tak nak pergi jalani program tu sebab aku dah banyak kali merasa berkhemah, aktiviti2 lasak, kawad kaki dan sebagainya. Tapi aku kena pergi jalani program tu jugak sebab tangunggjawab sebagai rakyat Malaysia.

'Check Point' untuk semua pelatih gerak ke kem masing2 bagi pelatih2 dari Kuala Lumpur dengan Selangor dekat Stadium Bukit Jalil punya tempat letak kereta.  Bila dah sampai kat kem masing2, kebiasaannya pelatih akan dibahagikan bilik/dorm dan jugak kompeni masing2.

*kompeni-kumpulan yang dipecahkan kepada pelatih2, kebiasaannya de 4 kompeni je iaitu
Alpha-Bravo-Charlie-Delta.

Aku dapat kompeni Delta dan masa mula2 aku masuk kompeni tu aku tak dapat sebarang jawatan sebab undian masa tu adalah secara rawak oleh pelatih2 sendiri, tapi selepas seminggu rasanya aku dipilih sebagai ketua kompeni untuk wirawati Delta yang dipilih oleh jurulatih kompeni aku sendiri masa tu.

Aktiviti harian kitorang adalah, lebih kurang pada pukul 5.30 pagi semua pelatih yang muslim kena bersiap sedia untuk solat Subuh dan persediaan beratur pagi di Padang Kawad serta aktiviti 'Physical Training(Latihan Fizikal)'. Setelah waktu sarapan, semua pelatih akan bersiap sedia untuk pergi ke kelas Pembinaan Karakter (Character Building) dimana didalam kelas ni akan diajar bermacam2 jenis aktiviti yang mungkin dikatakan agak kebudak-budakan namun mempunyai maksud tersirat yang berkaitan dengan pembinaan karakter di dalam diri masing2.  Lepas kelas dan makan tengah hari, pelatih2 akan bersiap sedia untuk solat Zohor bagi yang muslim dan bersedia untuk aktiviti yang disediakan oleh jurulatih setiap kompeni masing2 sehinggalah waktu minum petang dan pelatih akan bersiap sedia untuk solat Asar bagi yang muslim dan bersedia untuk aktiviti riadah yang akan diajar oleh jurulatih mahupun bebas bergerak sendiri dan lepas tu makan malam pada pukul 6.30petang dan pelatih akan bersiap sedia bagi solat Maghrib serta Isya' bagi yang muslim dan akan berkumpul di Kantin untuk aktiviti pada waktu malam dan acara tamat kebiasaannya pada pukul 11malam dan pelatih akan bergerak pulang ke bilik/dorm masing2. Tetapi akan ada sesetengah kumpulan yang silih berganti meronda setiap bilik/dorm untuk pantauan.

Aktiviti2 yang disebut kat atas adalah aktiviti biasa yang akan dilalui oleh setiap pelatih sama ada wira atau wirawati dan akan berulang sehingga hujung program.  Cuma yang akan ada perubahan program adalah kelas pembinaan karakter yang akan diganti dengan kelas kenegaraan pada pertengahan program dimana akan ada juga aktiviti Khidmat Komuniti dimana pelatih akan didedahkan dengan aktiviti khidmat masyarakat kebanyakannya. Selain itu, akan ada aktiviti belajar menggunakan M16 dan setiap peserta akan merasa menggunakan M16 dan pendapat aku sejujurnya, itu adalah saat2 gembira sebab pertama kali dapat menggunakan M16. Dan juga pelatih didedahkan dengan program Pemilihan Raya Olok2 di kem dengan setiap pelatih mengambil bahagian menjadi pengundi mahu pun calon pilihan raya ataupun masyarakat majmuk ^^


Pada hujung program, pelatih boleh menunjuk bakat di malam terakhir sebelum berakhirnya program tersebut dan pelbagai anugerah akan disampaikan bagi setiap kompeni.






Untuk pengetahuan semua, kem yang ada di Selangor ni ada 9 kem iaitu:
KEM PLKN KUALA KUBU BHARU
KEM PLKN PELANGI HILL RESORT
KEM PLKN PAYA INDAH
KEM PLKN MILLENNIUM
KEM PLKN TEMASYA
KEM PLKN SETIA IKHLAS
KEM PLKN GEO KOSMO
KEM PLKN PRINCESS HALIZA
KEM PLKN JUGRA BANTING


KEM PLKN PELANGI HILL RESORT
KEM PLKN PAYA INDAH
KEM PLKN SETIA IKHLAS
KEM PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER
KEM PLKN PRINCESS HALIZA

Ape yang aku boleh kongsikan kat sini adalah, PLKN adalah program yang memang memberangsangkan remaja yang masuk program ni.  Banyak aktiviti yang berfaedah dimana remaja2 yang terlibat tak akan rasa jemu walau sesaat pun.

0 comments:

Post a Comment