CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Restoran Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor

 Entri kali ni berkenaan dengan makanan, kenapa aku pilih restoran ni sebagai entri blog aku? sebabnya keunikan semula jadi yang ada pada restoran ni memikat hati aku.Salah satu keunikannya mestilah makanan kat restoran ni sedap2 belaka dan yang penting harga pun berpatutan tapi yang penting, restoran ni berdekatan dengan Pantai Jeram, Kuala Selangor yang mana korang boleh menikmati makanan dengan bertemankan pantai tapi pengunjung tak boleh nak jejak kaki kat pantai tu sebab kebanyakannya berlumpur.

Menu yang kebanyakannya menambat hati pengunjung kebiasaanya adalah Ketam bercili, Ikan bakar, Ikan masak asam, kerang bakar, Sotong pedas dan lain2 lagi.  Dengan melihat kat gambar je rasa terliur, memang the best la..!
Bagi korang yang belum jejakkan kaki kat restoran ni, korang bolehlah datang & merasa sendiri keunikan restoran ni sendiri.  Untuk detail yang terperinci tertera kat bawah ni:




Lokasi: Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Waktu operasi:  4.00 pm to 12.00am, Tutup pada hari Isnin 2minggu sekali
No. Telefon: 017-316 3177

kesimpulannya: korang kena pergi sendiri kat restoran ni untuk korang nilai sendiri kelazatan makanannya serta persekitarannya. ^^

credit: http://www.eatz.me


0 comments:

Post a Comment